Monday, September 8, 2014

Semester Terakhir Daaaa...

Assalamualaikum..

Haishhh... tak sabar nak menunggu kuliah yang bakal bermula minggu depan ni. Tapi.. yuran??? huhuhuhu.. hurmmm. Semoga aku dapat meneruskan pengajian dan menamatkannya seperti tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi semester ini sebanyak empat subjek akan diambil. Semuanya 'kental' dan 'giler'. Kena study dari awal ler. Tambahan pula sem ni satu paper kena ngadap lecturer selama 6 jam satu slot setiap minggu. haishhh.. kena bawa bantal juga lah nanti. hahaha..

Tak Sabar nak kembali belajar. hehe.. semangat sebab sebenarnya aku tak sabar nak habiskan belajar ni. Mesti best sebab lepas ni boleh berjimba2 dengan hebatnya. Hihihihi...


sekian..
Love & Faith
Read more »

Thursday, September 4, 2014

Mimpi bertandang lagi..

Assalamualaikum..
Hohohoi... dah lama x conteng blog. Macam banyak nak tulis. tapi tak tahu nak start dari mana. Huuhuu.. ok alkisah nyer, semua pasal mimpi. Pernah tak korang bermimpi 'sesuatu' atau 'peristiwa' atau 'seseorang' yang sama selama bertahun-tahun? Mimpi yang mula-mulanya dianggap biasa-biasa jer. Yelah..  orang selalu cakap mimpi itu mainan tido. Tapi kalau dah kerap sangat?? Camne tu?

Alkisah, mimpiku ini dah menjangkau 7 tahun. Since tahun 2008 kot. Hahahaha... hohohoho... apakah? adakah? mengapakah? bilakah? bagaimanakah? dan dimanakah??? Hurmmm.. stress juga fikirkan mimpi. Tapi, kalau itu adalah petunjuk yang dicari-cari dan didoakan selama ini. Apa aku nak buat erk?? Asyik dok pikir ajer ni. Gembira pun ya (rupa-rupanya petunjuk Allah itu ada. Alhamdulillah, Allah sayang aku). Tapi kompius.. betul ke? kalau betul, nak buat ape? kalau tak betul.. eh, cmne nak tahu betul ke tidak tu? haishhh...

Misteri menyelubungi diri.
Read more »

Sunday, June 22, 2014

Menunggu Ramadhan

Assalamualaikum. ...
Rasanya ni post pertama CT untuk tahun 2014.  Terasa lama juga tak post ap2 kat sini. Alhamdulillah. .. CT sihat2 ajer hari ni. Sedang menikmati cuti semester untuk melangkah ke sem terakhir program Master. Harap2 result semester 3 yang bakal dikeluarkan nanti semuanya cemerlang.  Hehe.. nak cemerlang sajer kan.
     Tak lama lagi.. ada dalam seminggu ajer lagi untung kita semua berpuasa.  Di hujung2 sebegini.. fenomena biasa yang terjadi adalah kaum hawa sibuk dok ganti puasa. Hehe... ganti sampai habis yer. Mujurlah CT ni jenis ganti puasa di bulan syawal. Sebab kalau "beraya" tu.. masih ada sambutan dan kuih muih untuk dijamah. Hehe...
     Ya Allah. .. rindunya nak puasa n melalui setiap saat di bulan yang mulia itu. Semoga ketenangan dan keberkatan diperolehi serta dapat menjalani ibadah dengan sempurna. Amin


Love & Faith : Cikgu Tie
Read more »

Sunday, December 8, 2013

Belajar, Asignment dan Tajaan


Assalamualaikum semua

Hurmm… berzaman tak update blog. Sibuk bebenor Cikgu Tie skrg ni. Sekarang masih dok menyiapkan asignment untuk dihantar dalam tempoh 2 minggu sebelum tamat pengajian untuk semester ini.  Huhuhu.. tak sabar nak habiskan semester kedua ni. Oh ya, Cikgu Tie sekarang sedang sambung belajar di UPM dalam course Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan). Kononnya, ingat course ni senang ler, tu pasal tak buat dalam bidang IT cam degree dulu. Rupa-rupanya, hurmmm susah lah jugak. Tapi Cikgu Tie  masih bersama-sama sorang kawan yang sama belajar masa degree dulu, Atie Fatimah dan housemateku, Jaja. Senang lah untuk kami buat assignment.
            Belajar secara separuh masa ni susah jugak sebenarnya. Kena betul-betul komited. Bekerja sambil belajar. Mujurlah Tuan Pegetua kat sekolah Cikgu Tie jenis yang menyokong guru-guru untuk sambung belajar. Dan… kita pula tak boleh lah ambik kesempatan kan. Kerja tetap kerja, hujung minggu plak attend kuliah. Tak jadi masalah besar sebenarnya. Dalam kelas kami tu, ada lagi cikgu-cikgu lain yang sambung belajar secara separuh masa macam kami. Walaupun dah kahwin dan ada anak-anak, tapi mereka boleh perform dengan bagus dan cemerlang. Kak Kelly, Kak Ain dan Encik Amir… hehe, tak kan nak panggil Abang Amir plak kan. Oh ya, ada juga Jaya dan Suresh.
              Dah nak habis sem dua, tapi baru nak share cerita kan… hehe. Sebabnya dalam dua tiga hari lepas, permohonan yuran pengajian separuh masa tajaan KPM yang Cikgu Tie buat telah diluluskan. Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik semuanya. Dulu punyalah sedih sebab tak dapat HLP kan. Sesungguhnya Allah dah rancang yang terbaik untuk kita semua.

p/s: Aku Bersyukur Dengan Setiap PemberianMU, Ya Allah.
Read more »

Saturday, June 29, 2013

Alhamdulillah.. Dia Tamat Belajar

Salam semua,

Alhamdulillah..... DIA dah tamat belajar hari ni. Aku hanya insan kecil yang mahu berkongsi kegembiraan ini. Walaupun Dia text Aku dari petang, Aku boleh plak tak perasan. Padahal... fikiran selalu terfikirkan dia. Dia ok ke, Dah siap ke Thesis yang dibuat. Apa keputusan kajian dia. Semua nak tahu. Tapi... segan nak bertanya apatah lagi nak text. Bimbang mengganggu konsentrasi kerja2 dia. Huhuhuh... tapi, bila Dia text Aku, Boleh pulak tak perasankan Phone. Sibuk sangat menyiapkan kostum dan maskot untuk sukan balapan dan padang yang bakal berlangsung Ahad nanti. Apa2 pun... Tahniah untuk Dia,

Pasal kerja, jangan bimbang... sama2 kita doakan kerja yang sealiran dengan kelayakan yang ada akan segera diperolehi K. Nikmatilah dulu puasa dan raya.. baru pikir untuk kerja. Tahniah Awak. I am PrOUD of You.
Read more »

Thursday, March 21, 2013

Update Status : Tentang aku jer

Salam....
Waka-waka, aku sangat berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada hari ini. Teramatlah gementar mengalahkan pelajar-pelajar yang akan mengambil keputusan mereka hari ini. Zaman sekarang agaknya, budak-budak tak kisah sangat pasal keputusan peperiksaan. Redha aje dengan sebarang keputusan yang mereka dapat. Agak-agaknya, tak ada rasa bersalah pun kalau result yang dapat tu teruk. Huhuhu... ini yang aku rasa jer. Tak semestinya tepat dan tak semua pelajar ambil enteng dalam hal-hal keputusan ini. Mungkin budak-budak zaman sekarang ni tak tahu menilai erti rasa susah dan tangggungjawab  sebagai seorang pelajar. Huhuhu... mujur aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tahu menilai nikmat  kejayaan dan sakitnya kekalahan.

Oh ya, sajer nak listkan apa yang aku buat sekarang ni

  1. Masih mengajar di sekolah yang sama. Dah masuk tahun keenam di sini. Aku seronok sangat berada di sini walaupun ada masa stress sangat-sangat sebab banyak sangat kerja yang mengejar.
  2. Masih mengajar subjek Matematik SPM dan Komputer dalam pendidikan.
  3. Masih menjadi guru penasihat untuk dua jenis sukan kegemaran aku iaitu Hoki dan Bola Jaring. Cuma aku tak aktif dah dengan sukan Petanque. Tak kisah lah kan. Dua sukan ni pun dah ok.
  4. Oh ya, benda yang paling best bagi hidup aku adalah, Aku dah menjadi pelajar semula. Ambil jurusan Pentadbiran Pendidikan. In Shaa Allah, dalam tahun 2015 nanti, dapatlah Sarjana a.k.a Master. 
  5. Teramat seronok untuk bangun awal setiap hari Sabtu, drive ke KPTM dan belajar. Terasa hidup ini begitu bermakna. Tambahan pula, tajuk proposal aku telah diterima. Alhamdulillah.
  6. Oh ya, dah hampir sebulan aku menjadi pemilik Galaxy Note II. Memang best sangat. Hik3... itu pun nak cerita.
K lah, got to go now.. sampai ketemu lagi ya!

~love & faith : Cikgu Tie
Read more »

Tuesday, February 5, 2013

Surah An-Nuur Ayat 3

Assalamualaikum..
Malam-malam sjak kebelakangan ini, rutin tidur aku kembali terganggu. Sebabnya? Sebab buat masa sekarang ni, aku sedang menyiapkan jadual waktu Kedua bagi sesi persekolahan tahun 2013 ini. Dateline hanya ada 3 hari jer lagi. Pening kepala dok pikir dan bina jadual yang lebih bagus dari yang sebelumnya. 

Alhamdulillah, sepanjang tak tidur sangat ni... ada gak kawan-kawan yang sudi jadi peneman. Contohnya "adik comel" yang kembali aktif mengusik kepeningan aku terhadap kerja. Hahaha.. terima kasih ya. Cerah lah sikit mata ini nak smbung kerja. Hehehe.. Kawan2 lain, ada jugak jadi peneman. Terutamanya rakan-rakan di facebook,

Hurmm.. bak kata pepatah, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. So, x salah kan kalau kita berkawan dengan kawan2 baru atau lama. Janji tak buat benda salah atau bertentangan denganAgama Islam. Jodoh itu pasti ada... huhuhu. Justeru, telah ditinggalkan ayat in untuk kita (Surah An-Nur) ayat ketiga yang bermaksud


"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina
 atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin 
dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian
 itu terlarang kepada orang-orang yang beriman."
Read more »

Monday, December 31, 2012

LAST POST FOR 2012


Salam,
Hurmm... Feeling sad to leave things behind me, but.. feel free and excited to explore the challenges, fates and hopes for the next year. 

Semuanya, hanya dengan izinMu, Ya Allah.


~love & Faith : Cikgu Tie~
Read more »

Monday, October 1, 2012

Terima kasih Hospital Pekan, dan kawan2ku sekalian

Salam,
Aisehhh.... Cikgu Tie demam lagi lah. huhuhu... Alhamdulillah, sakit ini datang sebagai peringatan dan ujian Allah. CT terima dengan redha. Moga diampunkan dosa2 kecil mahupun besar yang telah CT lakukan. Hari ni hari ketiga dah CT demam. Pagi2 selepas solat subuh dan berpakaian kerja, CT sempat singgah di Hospital Pekan (Unit Kecemasan) untuk dapatkan Injection. 

Mujurlah sampai2 je, kawanku yang baik hati Muhammad bin Abd Rahman 'handle' masalah aku. Kebetulan dia masih on shift pada masa tu. So, dapatlah disegerakan pemeriksaan dan injection yang aku nak tu dari Puan nurse yang comel dan baik. Lupa CT nak cam nametag yang dipakai, padahal... CT memang tengok sangat2 lah.

Secara jujurnya, CT amat bertema kasih dengan kecekapan dan kelembutan pegawai2 kesihatan yang ada sewaktu CT dirawat antara jam 6:43-7.04 pagi pada 1 October 2012. Jasa baik kalian, hanya mampu diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Huhuhu... walaupun dinasihatkan mengambil MC dari kawanku Muhammad, aku terpaksa menolak. Sebabnya, ada tugasan yang perlu dilaksanakan. HUuhuhuhu... tapi, pagi2 tu, aku ponteng perhimpunan dengan jayanya dan menumpang tidur di Asrama. Tq ya Puan Penyelia. Terima kasih juga pada kawan2 yang bertugas pada minggu ni iaitu cik wawalofa dan kak rasyidah. Huhuhu, tak perasan lak bertugas minggu ni. Hanya mampu menunggu sebelum majlis bermula jer. Bila pengacara naik stage, CT pun terbang. hehe..

 Lepas tu... dari kul 9.30 pagi, hingga jam 3:30 petang, Badan ini mampu bekerja (Mengajar) dan kemudiannya memberikan LADAP FROG VLE kepada guru2 dan PPM dari Kelas Pendidikan Khas. Mujurlah slot petang, Ladap untuk guru2 Mentor ditangguhkan pada hari esok, So, dapatlah CT balik dan rehat dan tidur lagi. Kuat betul tidur kan? Tapi, terima kasih pada rakan2 guru dan PPM dari KPK.. enjoy je korang dengan LADAP tu, Cikgu2 mentor, terima kasih kerana postponed kan LADAP kita k.

K.. lah, sampai sini je dulu. Tetiba rasa cam pening2 plak. Selamat berbahagia semua ya. Senyum Sokmo k!

Read more »

Thursday, September 27, 2012

FROG VLE

Tetiba ajer nak menaip kat blog ni. saje nak release tension dan penat sejenak. huhu...kalau nak share ngan orang lain, bimbang orang lain tak ada masa untuk kita, so... kita teruskan di sini. hehe.. ok, dalam minggu ni, aku sering tidur awal aje. Malas nak pikir hal kerja. Tapi, malam ni x bolehlah tidur awal. keje skit lagi.. hehe sambil2 nak menukar template blog. kih3.. macam sibuk sangat kan?
    Minggu ni rasa nak enjoy jer, Tup2, nak kena buat LADAP untuk semua guru, Nak bawa semua dan  guru students, memang susahlah. So terpaksa pecah sikit2. Kerja sebagai kawan/mentor lebih sesuai untuk guru2 membuat rujukan. So, sekarang aku sebagai guru ICT sekolah terpaksa lah menghadap guru-guru dan menjalani latihan ladap. Petang tadi, dari pukul 3-5.30 petang aku berjaya siapkan latihan model 1 tk semua guru.Walaupun ada juga cikgu yang dijadualkan bengkelnya hari ini, tapi tak datang.. biarkanlah kan? Demam FROG VLE ni memang akan makan masa yang agak lama kerana projek ni utk suatu jangka masa panjang. Tahniah pada cikgu2 di seluruh negara ini yang berani untuk melompat keluar dari tempurung pendidikan 'cara lama'
       
   Ma dan abah,... miss u ... huhuhu.. Nak miss orang lain, nanti orang cakap memain plak kan? ngantuk sudah, Nite everybody

P/s... nanti saya story mori lagi k (pasal FROG VLE)
Read more »

Wednesday, September 12, 2012

Ku Akui - Hafiz (Lyric)


Salam.. lagu ini aku nak dedicate khas pada seseorang yang telah bagi 'text' cmni kat aku... 

"Sy cuba nak rasa bahagia ngan awak.
 tp awk seolah2 xhappy kuar ngan sy. 
Tiada senyuman pn mse awk kua ngan sy kn?
 Puas sy cuba hiburkan awk, tp awk tetap x happy" 

Hurmmm.. terasa bersalah sangat2. Inikah harga yang aku kena bayar demi kerjaya aku yang 'biasa2 saje' ni? 

P/s: Awak, maafkan saya!!
Read more »