Thursday, October 14, 2010

Cikgu Tie dan Senarai calon penerima Netbook 1Malaysia

Salam..
Alhamdulillah.. di malam yg sejuk sebab hujan di bumi pekan ni, dapatlah Cikgu Tie meluangkan masa menulis dalam blog kesayangan ini. Sebenarnya Cikgu Tie pun heran.. kenapa lah kerja tu menimpa2 jer di hujung2 tahun ni... penat gak lah rasanya..

    Bermula hari Isnin minggu ni..Cikgu Tie terpaksa menyiapkan senarai nama calon penerima Netbook 1Malaysia. Sebenarnya semua nama2 pelajar tu guru2 Tingkatan dan Penyelaras Tingkatan yang perlu submit kat Cikgu Tie pada pukul 10.00pg hari Jumaat. Tapi ramai gak yang gagal menghantarnya, so tertangguh lah kerja yang perlu disegerakan.
    Dalam kesibukan mengumpul dan menyemak semua nama pelajar..seperti biasa di awal2 pagi lagi, Cikgu Tie perlu menyiapkan relief. Tp.. Time2 tu jugaklah pengetua panggil mesyuarat. Bersama semua GPK dan Ketua Bidang.. mendengar pandangan guru2 atasan tersebut. hurmmm... cakap, memang senang. Mujur GPK HEM cm perasan yang Cikgu Tie mcm mengejar waktu dan membenarkan Cikgu Tie keluar dari meeting tersebut. Mujurlah ada gak yang memahami kan.
      Tapi untuk menggunakan dan mengambil data2 pelajar dari Sistem Maklumat Murid (SMM), Cikgu Tie mesti mintak tolong dari guru SMM. NAk dijadikan cerita, Cikgu SMM plak kata x boleh eksport data yang Cikgu Tie nak tu..huhh.. cuak gak ler. Mujur Sistem tu Cikgu Tie dah pernah guna masa dok jadi GSTT kat sebuah sekolah di kampung dulu. Berjaya jugaklah mengeksport data yang diperlukan tu. Tambah plak ngan bantuan k.Dahlia ku itu. tq sis n Cg Nurul Asyikin.
      Dalam dok sibuk2 Cikgu Tie memilih dah membuang senarai nama pelajar, satu benda yang Cikgu Tie respek ngan kawan2 sekerja ialah ramai yang datang memberi sokongan dan ada gak yang sempat buat lawak king..memang terhibur lah. tapi lawak x leh blah..sorang jer.. dari Cikgu Zohari . Stress cmne pun, lawak dia memang pecah perut lah. hahahaha
        Tapi semua kerja tu tertangguh... sebab ada juga guru kelas yg gagal menyerahkan senarai nama pelajar. So, terpaksalah Cikgu Tie menyambungnya di rumah. Pada waktu malam.. pastu tido kejap dan bangun lagi jam 3.00pg. Hinggalah pukul 1.30petang Selasa keesokan harinya, barulah senarai nama seramai 726 orang pelajar berjaya di emelkan kepada pegawai di PPD Pekan.x sampai hati nk tolak nama pljr.. biar lah ranai pun..kan??
    Walau bagaimanapun... ganjarannya bila dah siap submit nama2 tu teramatlah hebat. Cikgu Tie x mkn aper2 selain keropok yang k.Dahlia belanja. Then, tido petang sampai x hengat dunia dah. Dan di malam harinya.. memang tido awal sgt2..Sesungguhnya kerja selalu mengejar Cikgu Tie dan semua cikgu yang lain. Tapi kenapa ada gak yang kata cikgu2 ni x bz erk? huhuhu..
      Cikgu Tie memang x kisah langsung kalau di beri kerja.. tapi Cikgu Tie amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan semua pihak. baik guru.. mahupun pelajar. biar semua puas hati. Walaupun kepuasan itu bukan secara total. Dan Alhamdulillah...setakat ini, Cikgu tie tidak terasa untuk memusuhi sesiapa dan juga berharap agar tiada yang marah ngan Cikgu Tie. Cikgu Tie sayang semua. 

 Setakat ini lah luahan perasaan dari Cikgu Tie. 
Love & Faith..Cikgu Tie
   

2 comments:

Anonymous said...

salam..sy slh seorg lectrer di salah sebuah kolej di pekan..yup memng sy akui kerjaya sbg cikgu ni memng sibuk..kerja xpnh abis...kple xpnh nk free..tp taniah utk cikgu tie kerana berjaya menyiapkan kerja anda...

RozectLyantie said...

wslm.. terima kasih.
hehehe... kerja dan kerja!