Salam..
Saat Cikgu Tie dok menaip post ini, ketahuilah semua wahai pembaca blog "Life of Cikgu Tie" ini bahawa Tuan Tanah ini benar2 penat. macam lah ada orang baca pun erk? Tapi takper... Blog ini hanya tempat untuk Cikgu Tie release penat jer. atau dengan kata lain, dok merepek sensorang.
Rasanya semua cikgu di sekolah2 menengah amat penat pada waktu dan ketika ini. Sama lah juga ngan Cikgu Tie. Teramat penat dan letih dah. Tapi perlu teruskan perjuangan nan suci ini. Mana tidaknya, sebagai team kerja SPM dan PMR di setiap sekolah sedang bergelut dengan peperiksaan. Contohnya, dua minggu lepas... berlansungnya peperiksaan percubaan SPM di sekolah2 negeri Pahang. Manakala cikgu2 PMR memberikan usaha dan tenaga sepenuhnya untuk anak2 didiknya.
So, Cikgu Tie pun tak terkecuali untuk menyibukkan diri dalam kedua2 pertarungan. Bersama2 team PMR, Cikgu Tie berjuang bersama Jadual Anjal (yang Cikgu Tie buat utk sekolah) dan dalam masa yang sama mencuri masa pelajar2 SPM di sebelah petang untuk ulangkaji matematik sebelum mereka semua masuk exam. Lepas tu mengajar pelajar2 PMR asrama samada petang atau malam...
Mesti ramai (bukan guru) ingatkan masa budak2 exam, cikgu2 boleh rileks...tapi x tepat sepenuhnya kan. Hurmmm...Cikgu Tie memang dah penat sangat2.. tambahan pulak baru me'release' Jadual Waktu terbaru sekolah memandangkan terdapat 6 orang cikgu baru yang baru mendaftar. Arghhhhhhhhhhhhh.... tension. Asal awal pagi jer Cikgu Tie memang jarang dapat senyum..sebabnya terpaksa menyiapkan relief bersama kawan yang paling setia.. "Cik Ermie"..thanx a lot sis..sesungguhnya hidupku Kelam tanpamu di sisi. Hahahahaha.. Oh ya.. teringat pasal Cik Ermie, teringat plak yang dia baru upload SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SPM NEGERI PAHANG dalam blog dia. So, sesiapa yang berminat dan teringin, bolehlah pergi blog mentor blogger Cikgu Tie ni. Sambil2 tu, leh juga baca entry2 dia yang best!
Berbalik pada cerita Cikgu Tie plak k...Nak dijadikan cerita, malam tadi umah Cikgu Tie plak black-out sampai pagi. Tak boleh tidur nyenyak. Panas dan nyamuk mengganggu..GGgrrrrrrrrrrr... pastu, kul 2.30 nanti ada LADAP plak. Tak tahulah nak balik pukul berapa. Sesungguhnya Cikgu Tie teramat menantikan hari Jumaat nanti kerana nak balik kampung sangat2 dan bercuti hujung minggu. Maklumlah, Sabtu minggu lepas ada Sekolah ganti dan hari Ahadnya plak, ada Solat Hajat Perdana.
Ok lah, sampai sini dulu... nak kena attend meeting LADAP plak. bye2 semua...
Love & Faith..Cikgu Tie.
3 comments:
cikgu tie jgn tension2 tau..suri rumah pon tension gak..byk keje nak wat..jaga anak sendiri,ajar anak sendiri..masak hari2..huhuhu...dulu masa saya kerja x lah sepenat ini
hahaha..xpe..cgu tie bukan nk kawin agi pun..nak dpt caldina lgkah bendul bru die nk tawin..haha..jgn mrh cgu tie..
Elia Syaznie: Caldina tetap Caldina.. bendul tetap bendul..hahaha
Lydia Miza: Kerja apa2 pun sure tension kan... ini belum kawen dan beranak. hurmmm.. mujur ada blog tempat mengadu..dan ada blogger yg sudi membantu.. thanx a lot!
Post a Comment