Sunday, October 24, 2010

Selamat Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Salam 1Malaysia

      Dikesempatan ini, CT nak mengucapkan Tahniah dan selamat menyambut Ulangtahun Keputeraan Pada 24/10/2010 kepada  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah.

    Al-kisahnya, CT baru jer meraikan sambutan keputeraan baginda dengan melihat percikan dan sinaran bunga api di Istana Sultan Abu Bakar. Berdentam-dentum jugaklah. Ramai rakyat jelata yang datang meraikannya. Apa2 pun, pengawasan abang2 polis amatlah dihargai. Traffic light pertama Pekan dari Kuantan lagi dah ada Abang Polis yang menunggu atau dengan kata lain menyambut kedatangan rakyat jelata untuk meraikan malam bersejarah ini.

      Meriah sangat2 malam ni. Mujur CT balik dari Kuantan tepat pada masanya. Sempat berada di luar pagar Istana sekitar jam 8.30 malam. Rakyat2 memang ramai sangat. Mungkin semuanya taksub dan takjub melihat keindahan lampu2 dan bunga api pada malam ini. CT rasa amat bertuah menjadi salah seorang penghuni yang menumpang di bumi Pekan yang aman damai ni. Selama 4 tahun di sini, CT bahagia sangat di tanah Diraja ini.

     Berikut CT ceritakan sikit mengenai Latar Belakang Sultan yang berjiwa rakyat ni.

HRH Sultan Haji AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah
* Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah  bin al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah, 
  • Sultan Pahang yang ke-5 dari tahun 1974 hingga sekarang.
  • Diputerakan pada 24 Oktober 1030 di Pekan Pahang.
  • Merupakan Yang DiPertuan Agong yang Ketujuh iaitu dari tahun 1979-1984.

.Tak berani nak hurai panjang takut tersalah bahasa. Nak baca banyak dan nak tahu banyak, CT suggest korang lawat sini

Sekian saja lah ya.. Love & Faith: Cikgu Tie

2 comments:

wirajiwa said...

Selamat harijadi Tuanku. Semoga Allah melimpahkan RahmatNYA keatas Tuanku.amin.

p/s: suka nengok clip video Adi Putra mengadap Tuanku. :)

salam Cikgu Tie. betul ker tarikh2 tur? maaf, sebenarnya aku pun tak tahu, saja la bertanya.

RozectLyantie said...

salam wirajiwa..
kat situ ada link kat mana cikgu tie ambil source tersebut..sila rujuk sendiri k!