Saturday, December 24, 2011

26 Disember 2011

Salam..

Hurrmmm..tajuk entry kali ni menggunakan tarikh hari ni. Sebabnya ada peristiwa "Hari Ini Dalam Sejarah" untuk paparan dan dikongsi pada semua. Alkisahnya, Sesudah Subuh pagi tadi, Pak Bilal atau Pak Imam umumkan sesuatu dari corong/speaker Masjid. Yup, kematian salah seorang anak jiran aku. Selang 3 buah rumah je. Takziah buat keluarga arwah. Arwah ni pun masih muda lagi. Mungkin baru 21 tahun kot. Mangsa rempuhan pemandu kereta yang cuai di hadapan kedai tayar milik keluarganya di Jalan Paka-Dungun. Mujurlah sempat bertemu ngan mak dan ayahnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun pada mulanya dirasakan sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Kesian! Akibat kecuaian orang lain, orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Berita kematian tersebut telah tersebar dengan cepatnya. Mujur pak cik Ketua Blok yang merangkap penghulu sempat bertemu dengan abahku yang baru sahaja nak keluar rumah untuk ke tempat kerja. *Sebenarnya kami satu family tak dengar dengan jelas pengumuman tu..huhu* So, abah ditugaskan membuat keranda. Sebab abah pandai bertukang. Mak plak diarahkan melihat keadaan rumah arwah kerana hanya ada anak2 kecil sahaja dirumah tersebut. Aku? Aku pergi melihat apa yang patut je lah. Huhuhu... usha market yang ada pun baikkkk gak. Ishk3.. teruknya aku. Sehinggalah semuanya okey, aku balik lah. Tak sempat tunggu jenazah sampai sebab aku kena packing barang untuk kembali ke Pekan.

Sepatutnya aku gerak kul 11.00 pagi, tapi delay skit lah. Tak kisah lah. Bukan aku naik bas, drive sendiri je. Perjalanan kali ni agak panjang sebab aku kena ke Kolej Matrikulasi Gambang dulu, barulah pergi ke Pekan. Hampir 5 jam baru sampai. Biasanya 2 jam setengah aku dah sampai. Tapi jalan jammed dan ada seseorang yang nasihatkan "jangan bawa laju2 ya". Hurmm.. seronoknya ada orang sayang kan? Huhuhu...

Sayang tu sayang jugak. Tapi malam ni, kena tidur tanpa comforter atau selimut2 tebal. Alkisahnya, semuanya aku hantar dobi. Malangnya, bulan Januari 2011 baru leh ambil. Huhuhu... tekadkan semangat di hati. Esok, aku kena beli comforter. K lah, sampai sini sahaja.


---Love & faith : Cikgu Tie---




0 comments: