Salam
Cuti tinggal beberapa hari saje lagi. Baru je nak bercuti... tapi dah kena kembali bekerja. Alhamdulillah, minggu lepas aku dah berjaya menyiapkan jadual waktu persekolahan untuk tahun 2012 untuk sekolah aku. Bagi sekolah-sekolah besar yang ramai murid dan guru, memang agak stress lah untuk menyiapkan sesuatu kerja. Contohnya, kat sekolah aku tu..bilangan guru dah seramai 102 orang. Memang tak sama lah kesukaran membuat jadual seperti di sekolah yang bilangan gurunya hanya seramai 50-60 orang sahaja. Selain itu, bilangan kelas pun mungkin berbeza2. Aduhhh..masa bercuti pun mash ingatkan kerja-kerja sekolah kan?
Buat masa sekarang ni, aku sedang buat persediaan mengajar untuk tahun 2012. Agak sukar juga tahun depan bila aku kena study lebih sikit bila dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan mula dilaksanakan pada tahun depan. Kenalah membeli beberapa buku rujukan sebagai panduan untuk mengjar nanti. Perlu dilihat ayat, kata kunci dn istilah yang perlu ditekankan kepada semua pelajar. Hurmm..tak perasan pula, buku teks Matematik dalam Bahasa Melayu dah ada di sekolah ke erk? Lupa pula nak pinjam.
Sebenarnya, MBMMBI ni bukanlah suatu kejutan untuk pendidikan di Malaysia amnya dan guru2 lama khususnya. Tetapi bagi golongan muda remaja macam aku ni, susah sikit lah. Sebab masa mula2 belajar jurusan pendidikan di UUM dulu, aku dan kawan2 dah memang bersedia dan dilatih untuk mengajar subjek matematik dalam bahasa Inggeris. Kemudian disusuli dengan praktikum sehinggalah sampai tahun 2011 ni, aku mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Takde lah aku kata aku ni superb sangat dalam Bahasa Inggeris tu, tapi aku lebih yakin bila mengajar dan membantu pertuturan dan pembacaan aku dalam bahasa Inggeris. Hehe..
MBMMBI ni sebenarnya terhasil bila PPSMI dikatakan menjadi punca pelajar2 di Malaysia menjadi lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Iaitu subjek teras yang paling utama. Tapi, betul ke? Atau..ia hanya sekadar dipolitikkan? Hehehe..no komen! Seingat aku, PPSMI dilaksanakan pada thun 2003. Apa akan jadi kepada pelajar yang mula2 didedahkan dengan PPSMI iaitu generasi PMR tahun 2011 atau yang bakal menduduki PMR tahun 2012 . Tup-tup, tahun depan atau 2013, diaorang terpaksa belajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Hurmmmm..fikir-fikirkan lah! Mungkin peralihan ke Bahasa Melayu tidak sesukar peralihan dalam Bahasa Inggeris.
Sebagai seorang guru, aku hanyalah agen pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kursus untuk guru-guru pun telah dilaksanakan. Aku pun telah menghadiri Kursus MBMMBI untuk subjek Matematik pada pertengahan Oktober baru2 ni. Banyak input berguna yang diperoleh. Tapi, mungkin semuanya samar2 bagi aku yang masih baru dalam dunia pendidikan ni. Sehinggakan nak buat ayat atau menterjemahkan istilah pun masih sukar. Hehehe..itu belum lagi Program Maxis E-Kelas yang anjuran MAXIS yang menggunakan kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Hehehe... Masalah ini hanya sementara sahaja kan. Lama-lama nanti, kita akan kembali terbiasa. Lagipun, aku hanya menurut perintah sahaja. Pemikiran dan otak aku tidak mungkin dapat mengatasi pemikiran pakar2 akademik di seluruh dunia. Mujurlah sekolah aku memilih Pengajaran dan Pembelajaran dalam Dwibahasa setakat ni. Alhamdulillah. Semoga aku lebih bersedia memikul tugas-tugas yang telah dan akan dipikul di hari-hari mendatang. InsyaAllah!
p/s : Orang dok sibuk ngan SBPA, Aku dok Sibuk lagi ngan MBMMBI..hehe
****Love and Faith :Cikgu Tie ****
0 comments:
Post a Comment