Thursday, December 15, 2011

Aku tak dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2012 :(


Salam
Okey..okey.. Semakan panggilan Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dah keluar. Boleh disemak dari 13 Disember hingga 18 Januari 2012. Siapa2 yang nak semak keputusan panggilan temuduga tu, leh lah klik link KPM ni. Good Luck ya!

Cerita sedih..cerita sedih! Aku tak dapat pun panggilan temuduga untuk biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan 2012. So sad. Kat mana salah pun tak pasti. Yang penting, kena akui yang ianya bukan rezeki. Tahniah kat kawan-kawan yang dapat seperti Marlia, Pisha, Kak Diana dan Kak Anizah. Harap-harap berjaya lah dapat biasiswa tu. Buat kawan baik yang dah jadi idola aku, kak ermie atau lebih dikenali cikgudalia, (sengaja aku tak nak tag ni..hehe) teruskan perjuangan akak di UPSI tu. Suka tengok wajah berseri-seri dia bila sambung belajar. Aku janji, Aku akan doakan korang semua k. Hehehe... tanpa sebarang dengki.

Tapi.. setakat ni, aku still sedih dan hampa. Maybe sebab aku
akan kehilangan kawan2 baik aku dari sekolah tu. Apa-apa pun, kalau itu yang terbaik untuk korang...aku akan doakan kejayaan korang k. InsyaAllah, tahun depan aku cuba lagi. Atau mungkin buat sendiri jelah kat Shahputra, Kuantan. Program under UPM. Bak kata Wayne Rooney tersayang, Cikgu kan ada duit. Betul gak kan. Tak perlu sedih-sedih. Rezeki kan di tangan Allah Taala. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan setiap kurniaanNYA. Amin

Siapa2 yang nak semak keputusan panggilan temuduga tu, leh lah klik gambar kat bawah ni

***Love & Faith -Cikgu Tie-***

0 comments: