Saturday, December 3, 2011

Cerekarama Nur Ain


Bertarikh 3hb Disember hari ni.. malam ini dan saat ini sedang ke udara Slot Carekarama yang bertajuk Nur Ain. Minat sangat nak tengok bukan sebab ada promo besar-besaran dari pihak TV3 tetapi sebab pelakon-pelakonnya yang best. Iaitu Fahrin Ahmad (My Prince Charming) and Fasha Sandha (I minat lakonannya) dan pelakon kanak2 Eyka Farhana.

Tetapi.. baru je 10 minit dok tayang, aku dah frust. Huhuhu... Fasha Sandha peluk my Fahrin Ahmad. Aduuuhhhh! Terbakar jiwa dan raga. Serius... perasaan aku tetiba jadi lain. Hahahampeh! Bukan nak kata apa, memang dalam setiap cerita yang Fasha Sandha berlakon, mesti ada scene peluk2 ngan heroin dia. Tak kisah lah siapa dia nak peluk termasuk Johan (Botak) dalam Cinta Elysa. Hurmmm..aku tak pernah miss cerita Cinta Elysa tu k. Sebabnya... ada Fasha Sandha. Lantak lah segala kisah kontroversi dan sosial dia. Ada aku kesah? Janji aku terhibur dengan lakonan dia. Sanggup aku kosongkan jadual setiap malam Selasa walaupun students mintak diadakan kelas malam pada malam tu. Sampaikan semua students aku pun dah tahu sangat. Siap ada yang menyatakan 'kesian' bila Cinta Elysa automatik terbatal untuk Opening Perhimpunan UMNO. Aku rasa ramai lagi yang bersedih kot!

Apa-apapun, rasa terkilan ini masih menguasai... Oh my Fahrin Ahmad..Oh my Fasha Sandha. Arghhhhhh...... Masih menonton ni. Semakin lama, semakin best lak tu. Hehehe.. oh ya, gambar kat atas tu aku songlap dari facebook Fahrin Ahmad. Harap dia tak marah lah ya! Hehehe...jom terus menonton.

*************************************************************************************************
Okey..cerita dah habis. Cerita ini mengisahkan seorang anak yatim Nur Ain (Eyka Farhana) yang tinggal di Rumah Anak Yatim telah diambil menjadi anak angkat oleh Papa dan Mama angkat nya (Fahrin dan Fasha). Oh ya.. siapa nama watak Fasha dan Fahrin erk? Tak alert plak. hihi.. yang pasti 'Papa' dan 'Mama' ini agak urban dan takde langsung sinar Islam dalam kehidupan diaorang. Arak menjadi minuman rutin. Pada mula2 Nur Ain diambil, layanan memang tip top lah. Tapi bila dah lama skit, Nur Ain dah jadi macam 'orang gaji'. Siap didera lagi tu. Dahsyat! Paling menakutkan.... bila kawan Papa, si Johan (Zed Zaidi) cuba nak rogol Nur Ain. Mujurlah si Papa datang menjadi super hero. Walau apapun, Pengetua Rumah anak yatim, Puan Jamilah datang ambil semula Nur Ain apabila diberitahu oleh kawan karib Nur Ain yang Nur Ain telah didera. Tetapi kerinduan dan kasih sayang Nur Ain, Papa dan Mamanya telah menyatukan semula mereka bertiga. Saat cemas berlaku bila Nur Ain disahkan ada barah otak. Tapi, Alhamdulillah... Nur Ain selamat.

Hurmm... happy ending lah jugak. Actually, cerita ni ringkas dan biasa saje. Prop atau latar tempat takde lah banyak sangat. Banyaknya di rumah, pastu rumah anak yatim, di pejabat. Tapi mesej yang Nur Ain bagi tu sampai lah kat aku. hehehe..sempena Maal Hijrah kan. Bak kata Nur Ain, "kita akan bahagia jika kita ubah hidup kita ke arah kebaikan.."

---Love & Faith : Cikgu Tie ---

(Actually, 'Love & Faith' ni pun aku tiru dari FanPage Fahrin Ahmad)

0 comments: