Sunday, January 16, 2011

Aiseehhhhh... demam lah plak

Salam.. 
Alkisahnya pada hari ini, badan rasa tak sedap dan tekak rasa perit sangat2. Demam kah aku? So.. di pagi hari cuti, aku bermalas-malsan di katil. Tup2 dapat panggilan dari En. GPK untuk meeting bersama Tn. Pengetua pada jam 9.30pg. Dapat call urgent cam tu, tiba2 badan rasa kuat. Lupa ngan demam yang dihidapi... apa lagi, segera bersiap untuk meeting. Tapi... opssss! Aku terlambat.

     Sesampai di pejabat, En GPK dan Tn Pengetua dah menunggu. Mujur gak diaorang bergaya santai jer. Memang kena ngan aku yang berT-shirt blouse dan jeans. hahahaha...janji rock kan! Memang 'i'm not well prepared for this meeting'. 


    Sepanjang meeting, tumpuan lebih pada pendapat dan keputusan apa yang aku dah buat dan apa yang aku fikirkan perlu untuk jadual waktu yang terbaru. Semua diterima tanpa banyak soal. So, pandangan mereka berdua pun.. aku terima dengan hati terbuka walaupun dalam otak dok fikir... "alaaaahhhhh...kena buat yang baru lagi lah ni..uhukkkss". Then, batuk2 kecil dari aku pun mula kedengaran. Percayalah, ia sebenarnya agak sukar menghadapi meeting bila kesihatan sudah terganggu.

    Berdasarkan kepada kerja besar yang bakal menanti, so.. aku menyegerakan langkah dan membawa diri ke klinik berdekatan. Fuhhhh..ramai plak orang kat sini. Mula2, ingat nak jumpa doktor. Tapi... dah rasa tak tahan sangat2. Jadi, Aku bangun dan ke kaunter dengan ayat "Dik, akak nak beli ubat batuk dan ubat demam!" Huhuhu.. sesuka hati buat preskripsi sendiri. Huhuhu..janji kena makan ubat sebelum melarat.

    Selepas makan tengahari yang merangkap sarapan pagi, aku pun makan lah ubat seperti yang dinasihatkan. Selepas makan, mata pun terasa berat dan aku leh tidur selama 2 jam. Lama tul.. Bangun jer dari tido, tengok handphone dah ada beberapa SMS dan panggilan.. so membalas je dan melayan yang mana perlu. Tapi, yang paling tak tahan, aku memang tak sedar semua panggilan dan SMS yang masuk. Tidur kah aku..atau matikah aku? Atau sekadar..tidur mati??..hehehe
         Makanya.. dari sejak bangun petang tadi dan selepas mandi petang..aku setia dok mengadap lappy kesayanganku ini bagi meyiapkan semua kerja rasmi sekolah. Hopefully aku berjaya menyiapkan semuanya dalam jangka waktu yang ditetapkan. Please... Pray for me everybody!

 P/s: Oh ya, waktu kat klinik, ada adik comey msg "buat ape?"  Takkan nak menipu kan..kenalah bercerita tentang kebenaran. "Akak demam dik!". Walaupun dalam hati cam nak tanya.. "Masa adik comeyy call malam tadi, tak perasan ke suara akak ni dah serak dan batuk?" Huhuhuh.. tapi nak buat camne.. Adik Comey cakap suara akak ni manja! Adooooiiii... Apa-apa pun, selamat bercuti di N9 atau KL bersama pasangan. hahahaha... banyak lah atas urusan kerja tu ya!



----Love & Faith: Cikgu Tie---

0 comments: