Thursday, January 27, 2011

Mulakan hari baru...

Salam.. 
Ape habaq semua? opss..tetiba masuk loghat utara pepagi ni. Rindu plak kawasan utara yang sempatku menghuni selama 4 tahun dulu. Waktu2 ku membesar dengan sihat di sana sebab makanan kat sana murah2. hahaha..

Ok2.. sekarang kita cerita apa yang berlaku sekarang ni jer. Tak perlu nak fikir masa2 lalu. Semalam, aku meeting dari pagi sampai petang. Pagi2 lagi, En GPK dah mengejar. Telefon tak dapat, so, dia tawaf satu sekolah cari aku. Pelepasan untuk masuk kelas dan mengajar je. Pastu..kembali mengadap en GPK dan Tn Pengetua. Sebabnya, tak lain dan tak bukan...perubahan jadual lagi. Ada kemasukan 3 orang guru baru dan
perlu siap sebelum 1/2/2011. Aduhhhhh...demam lagi lah aku. Dalam dok pening2, kul 2.30petang, terlibat plak dengan mesyuarat PIBG. Walaupun sekadar AJK, aku perlu juga menghadirkan diri. Mengantuk sangat2. Tapi.. ahli mesyuarat yang seramai 12 orang jer itu tidak memungkinkan aku untuk bermain2 handphone atau ape. Memang stress giler kalau berada dalam meeting yang formal. tambah2 depan aku plak adalah Tn Pengetua dan YDP PIBG. So, sabar jer lah. Habis meeting, pukul 4.30ptg rasanya... kena plak menyiapkan beberapa kerja2 perkeranian di samping menunggu housemate aku dok training bola jaring.. tak bawa kereta sendiri, sebab tak perasan notis mesyuarat! huhuhuhu..apa yang aku leh cakap... semalam memang penat giler. Tambah plak ngan dalam otak ni ada sesuatu yang "BLOK" pemikiran aku. Tapi tak boleh nak buat ape2. Bengang sangat2..tapi aku tak tahu apa keputusan terbaik. Bila malam, keadaan masih sama. Nak kena pujuk ke? Argghhhh.biarlah dulu.. Jadi... aku tidur jer lah. Dan doa... supaya jauhkan lah aku dari hal2 dunia semasa aku tidur. Aku nak rehat. Malas nak pikir ape2 dah.

      Pepagi aku bangun, kira punya kira..dah cukup 8 jam. Yelah..dari 9.30 hingga 5.30pagi. Cukuplah tu. So, bila bangun ni..aku nekad dah... aku akan bekerja ikut suka hati aku. Aku tak nak paksa diri. Sorry lah pihak pentadbiran.. 1/2/2011 tu aku tak nak janji ape2. Bagi arahan guna air liur dan lidah jer..memang senang. Aku tak nak sakit lagi. Aku nak buat setakat aku termampu. Rehat pun..aku nak secukupnya.Kalau siap tahun 2016, maka kita guna lah pada tahun 2016. 
        Jahat tak?? hahahaha... ada orang kata "orang jahat tak leh kawan ngan orang baik" tak aper lah.... itu pilihan dia. Aku ikut jer. Malas nak berdebat dan gaduh. Aku menurut perintah jer. Malas nak membangkang atau nak merayu. Dia datang dengan kemahuan dia... dan dia pergi..dengan kemahuan dia sendiri. Aku tak nak merayu atau memaksa dia. So, sekarang ni..berbekalkan shawl (selendang) baru yang berwarna biru ni... aku nak terus bekerja. Hahahaha... En Joe...my technician plak pakai baju putih. baikkkkkk punyer. Hahahaha..ada warna2 semangat di sekitar aku. Jangan ada yang datang pakai baju hijau sudah lah. hahahaha.... Nak buat camne..mengikut terapi warna "Colour vibration therapy" warna semangat aku adalah biru dan pink. Hijau akan buat aku lemah. Yang penting..aku suka orang pakai baju putih. hahahaha.. cam dah mengarut plak ni. setakat ini sajalah. bye2

P/s: kalau pakai baju putih.. tunjukkan diri anda k.. ahaaksss

Love & Faith:Cikgu tie

0 comments: