Monday, January 10, 2011

Serius.. aku X leh tido

Salam..
Jam dah menunjukkan kul 2 pagi tapi kenapa mata ni pejal sangat. Cam tak nak mengalah jer... nak buat ape pun x tahu. Takkan nak buat persediaan mengajar? Maunya semakin tak leh tido bila terbuat exercises matematik.. semakin lama semakin asyik... Itu bagi aku lah. Cikgu math. Tp, kalau bagi kat bebudak yang x suka math, huhuhu..rasanya, tak perlu tunjuk buku..sebut "matematik" pun leh buat diaorang mengantuk...

Sajer jer... aku nak berfikir.. kenapa aku tak boleh tido ya? Last tido malam tadi lah.. bangun kul 6 lebih untuk solat subuh. So, kena preview balik ape yang aku buat sepanjang hari ini...
    

      Lepas solat subuh, aku memotong kain pasang untuk dibuat baju kurung..hehehe, jangan tak tahu... kalau tak jadi CIKGU, aku memang akan jadi tukang jahit. Memang cita2 sejak form 1 lagi tu. Tapi.. kalau orang tanya, mesti nak jadi Doktor atau Geologist.. hahaha...tup2 jadi cikgu. Tapi...serius aku memang suka menjahit. Dulu pun lama berhenti sebab mesin jahit rosak. Sekarang ni, dah ada mesin jahit. baru ..Apa lagi.. minat semakin menjadi2 lah. Ni pun rasanya x sabar nak menunggu esok, selepas hantar kedai untuk jahit tepi..maka misi akan bermula. Teruja sangat dah ni... tak sabar nak kembali menjahit. Hilang semua stress yang ada.

    Teringat masa dulu2.. seingat aku, masa aku form 2.. aku dah berjaya menjahit kain langsir kat umah aku. Mak aku plak manusia yang paling sporting dalam dunia ni. memberi 100% keyakinan dan sanggup membeli kain langsir untuk aku potong2 dan buat kain langsir. Hahaha..yang paling kelakar masa nak buat lengkuk-lengkuk pada kain langsir tu. cam gambar dari En.Google ni...
 Tengok lengkuk2 di bahagian atas tu.. kena kreatif tau

Otak pakai redah jer.. cam kat gambar kat atas tu, tak nampak sangat bulatnya lengkuk yang terhasil. aku punya, memang lagi cantik.. tak ade picture jer nak tunjuk kasi bukti kat sini. Takpe, itu tak penting. Yang penting untuk aku share ialah bagaimana aku menghasilkan lengkuk yang cantik. Cara2 nya ialah... pergi ke dapur dan terus tuju ke rak besin, pastu pilih lah yang mana sesuai saiznya.. cam gambar ni..
 Huhu..baru aku tahu besin ni nama lain dia bekas bulat. 
Rupa2 nya En.Google ni tak kenal besin kot. Atau aku yang salah searh image?

     Hahahaha.. teringat pandangan pelik mak aku masa tu. Tapi dia biarkan ajer. Siap tolong pilih lagi. Tq my mother... and my father yang terpaksa menghabiskan duit demi memenuhi hobi anakmu ini. hehehe. Memang indah sangat kenangan itu. Yang paling tak tahan, bahagian kena buat ropol yang berpuluh meter tu. Masa tu, aku punya pemikiran bagi senang jer. Tak perlu jahit tepi sebab mahal, so.. aku bakar ngan lilin jer tepi ropol tu. Tapi.. bila dah siap dalam semeter dua, hati mula berkata... tak cantik lah! Jadi, kena guna cara lain..iaitu jahit sendiri tepi kain langsir tu. Memang penat lah..tapi puas hati sangat2 sebab ramai yang puas hati dan siap nak menempah... Walaupun besin telah menjadi instrumen penting untuk kain langsir kali ni. Aku tak ambil tempahan ya!

     Selepas kejayaan membuat kain langsir, aku lebarkan sayap 'penjahitan' aku dengan mencuba menjahit baju kurung. Serius, aku tak pernah pergi berguru ngan mana2 tukang jahit. Tapi mak aku yang pergi belajar ngan makcik dekat rumah. Balik tu, dia buat dulu. Aku tengok jer.. sambil membantu. Hahaha.. memang aku minat sangat tu. Tak leh lari jauh kalau tengok mak memotong kain. Tetapi, adik2 asyik complain aje dengan jahitan mak aku. So... aku diberi kepercayaan oleh mak aku untuk memotong kain dan menjahit. Wahhhh... memang best lah. Ianya menjadi! Walaupun banyak lagi kena pertingkatkan.. Adik beradik plak siap booking dan tunggu lagi time aku potong kain atau jahit. Punyalah takut kalau mak aku yang buatkan untuk diaorang...huhuhu..mesti mak aku terasa kan? Tapi tak jugak.. sebabnya, senang lah dia. Tak perlu menyusahkan diri kerana aku kan ada.

     Aku ni adik beradik perempuan ramai. So, dengan kebolehan menjahit ni, aku leh tolong mak dan ayah menjimatkan kos terutama untuk persediaan hari raya. Bayangkan kalau sepasang baju kurung ditempah ngan harga RM20. Kalau 5 pasang? kalau 10 pasang? Padahal kos menjahit tu dalam RM5 je. Tu pun, tak habisnya benang segulung. Tak percaya, korang tanya lah tukang jahit. Itu pasal walaupun aku kat UUM dulu aku leh memotong kain dan menjahitnya terutama untuk baju ke kuliah. Hahaha..tapi aku tak gemar mengambil tempahan. Malas nak layan customer. hehehe...Memang tak pernah tempah pun... sehinggalah mesin jahit aku rosak. Dan bila dah bergaji tetap. hehehe..Hopefully aku berjaya mempunyai kedai jahit sendiri pada suatu masa yang akan datang...hahaha.. Cam koya plaks!

     Aduhhhh..hujan semakin lebat. jam dah tunjuk jam kul 2.53 pagi. Kena tidur ni. Tapi boleh tido ke? Esok nak kerja... Ok lah semua, selamat malam!

----- Love & Faith: Cikgu Tie----

2 comments: