Monday, January 17, 2011

Alhamdulillah.. semua kerja berjaya dilaksanakan!

Salam..
Dari petang semalam aku bertungkus lumus menyiapkan semua tugasan yang telah diamanahkan. Dan Alhamdulillah, dalam pukul 4.30pagi ini aku berjaya meyiapkan segala-galanya. Tahniah pada diriku sendiri. Justeru, di kesempatan ini aku nak sangat mengucapkan jutaan terima kasih aku ni pada:

1) Allah ;- yang telah memberikan kekuatan yang tidak terhingga untuk hati dan fizikal ini dalam meyempurnakan segala tugasan yang diberi. Walaupun berselang seli dengan batuk dan sakit/pening2 kepala, namun kewarasan fikiran yang dikurniakan banyak membantu. Thank you..Allah

2) My Mum ;- tengahari tadi masa dia call, pecah lah rahsia aku ni demam. Panjang juga ceramah free dia. Tapi, thanks mum! k.tie tahu, kekuatan ini dan bakal sembuhnya sakit2 ini adalah hasil doamu yang tidak pernah putus. 


3;-My housemate (c.ana & c.jaja) ;- Dua orang sahabat yang amat memahami dikala aku sakit dan sibuk membuat kerja. Tq c.ana kerana mengingatkan yang aku tak makan sehingga jam 3 ptg dan membawa aku makan. Tq juga kerana menyiapkan minum petang selepas solat asar. Dan menemani aku sepanjang hari di depan TV hari ini (aku buat kerja kat ruang tamu...)
Buat c. Jaja:- Tq sangat2 di atas lawak giller yang selalu kita duet bersama. Tapi sorry, kali ni aku tak dapat membalas banyak..tapi aku masih mampu ketawa sakan ngan lawak ko yang power giller tu. Yang paling lawak sebab ko dah dapat tiitle "Jaja Raffali" dari aku... sebab "tolong ingatkan aku!". Hahaha.. ada ke patut leh tinggal purse walaupun balik kampung. Mujur tak kena tahan ngan bapak polisi. Tapi... aku yakin tu taktik ko tak nak keluar duit kat kampung.. kan? hahaha!

4;- Tuan Tanah ;- yang merangkap tuan rumah yang berjaya membuat lawatan mengejut hari ni. Hahaha... mujur rumah kami ni selalu well prepared for the guest! Kertas2 kerja aku je yang sedikit berselerak atas lantai. Tapi, dia pun faham sebab dia juga cikgu kat sekolah aku. Kita jupe esok ya!

5;- Pakcik2 buat renovation kat belakang rumah;- tq sangat2 sebab takde sekali pun memanggil aku untuk mendapatkan elektrik ataupun air atau apa2 sahaja. Sehingga aku berjaya meyiapkan kerja dengan tenang. Tapi frust gak sebab perlu menolak mesin basuh yang berat tu ke dalam bilik untuk cuci baju. huhuhu..
6;- Tn Pengetua dan En GPK;- yang memberi kepercayaan kepada aku dalam melaksanakan tugasan kali ini. Rasa2nya aku jadi cikgu perempuan pertama buat kerja2 ni kat sekolah ni. huhuhu

7;- Rakan2 Blogger dan Facebooker!;-  terima kasih sangat2 kat korang yang selalu ada jer dalam alam maya ni. Leh chat dan bersemangat bila ada yang menyinggah time aku online. Love u alls!

8;- Kawan2 yang merangkap guru2 kat sekolah pun sama. Mesti korang berdebar dengan jadual terbaru kali ni. memang lebih banyak kejutan daripada biasa. Nak buat camner, "Aku yang menurut Perintah ja!"


9) buat radio era yang menjadi peneman setia sehingga jam 4.35 pg skrg ni..

Huhuhuhu.. aku nak merehatlkan otak (tido) dulu lah. Esok kasi check lagi hasil kerja ku ini. Opsss..ada sejam jer lagi nak tido. Yang pasti kena tido segera dan mesti berada di sekolah jam 7.00 pagi. Hurmmmm.. teringat kata2 Puan Dekan aku dulu, Prof. Dr Rosna Awang Hashim.."Untuk jadi pelajar cemerlang, tidur 2 jam sehari sudah amat memadai!" Thanks Prof.. i always remember that words. K lah, aku tido dulu ya... Harap esok adalah hari yang indah! byeeeeee...

----- Love & Faith : Cikgu Tie---

0 comments: