Salam..
Sajer nak share ngan semua rakan2 pembaca yang Cikgu Tie demam teruk hari ni. Tapi masih menggagahkan diri untuk ke sekolah. Sepanjang jalan, gelap sangat suasana. kecuali sinaran lampu2 kereta dan motosikal. Sampai kat sekolah sekitar jam 7.00 pagi, baru lah perasan rupanya elektrik tak ada sekitar kawasan sekolah. Menakutkan!.. Hujan dan blackout. Dua benda yang aku memang tak suka.
Al-kisahnya, aku ingat selepas kelas pertama jam 9.40 pagi, aku nak gerak ke klinik sekejap. Tapi..pepagi lagi kawan2 dah seram tgk muka aku yang pucat dan mata yang merah berair tu. Malam tadi demam teruk sgt. Tak boleh nak tido.. huhu. Tapi masa jumpe ngan pakcik yang kerja untuk reso/fotostat di sekolah, tetiba rasa cam darah tinggi naik ke atap. Nak tahu sebab ape? begini ceritanya..
"semalam.. pagi2 hari isnin, En GPK telah membuat pengumuman untuk semua guru berada di dewan terbuka untuk bagi taklimat Jadual Waktu yang baru. Bahan2 jadual bersama petunjuk semua ngan aku. Alkisahnya, dekat office memang ada mesin fotostat kan? aku suruh lah pak cik ni fotostat petunjuk tu sebanyak 100 copies. dan buat dua salinan jadual waktu sebanyak dua set... tup2, dia fotostat sehelai je. Dia suruh aku pergi bilik dia. Aku cakaplah semua benda ni nak segera. Guna jer lah mesin fotostat yang ada tu. Boleh dia bagi alasan... dia x siap lagi menyapu kat bilik tuan pengetua. Arghhhhhhhhhhhhhhhhh.... tension tul.
So, aku potong jer semua jadual yang ada tanpa fotostat. Nanti aku print yang lain untuk simpanan fail. Memang merajuk habis ngan pak cik tu. Tup2, masa cikgu2 dok meeting dia datang senyum2 mintak bahan yang nak difotostat. Aku bagi jer lah. tunggu punya tunggu, tak datang hantar pun. Ingatkan dia dah letak kat kaunter pejabat.
Time nak balik semalam, dia boleh tanya aku kenapa tak pergi ambil. Aku cakap lah..itu bukan aku punya. Tn Pengetua yang nak. Muka dia dah lain... Aku tahu sangat, dia memang nak sangat aku pergi bilik dia... Eeeeeiiiii... Geli!"
Hari ni, pagi-pagi lagi pakcik tu buat aku hangin. Selamba dia jer tanya bila nak pergi ambil bahan fotostat. Padahal, setakat 100 keping kertas, boleh jer dia hantar ke pejabat. Tapi... siap cakap "kalau tie tak datang ambil, dia tak nak bawa naik semua tu".. Argghhhh.. sengal tul lah dia tu. Tak pasal2 aku jerit "Adoooiiiii..." kuat2. Housemate aku c.Jaja gelak kuat2. Geram tul! Tapi En.GPK kata dia yang akan pergi ambil sendiri. Hahahaha.... Padan lah ngan pak cik tu.. ingat aku nak mengalah ke? Lambat lagi lah nak tunggu aku pergi bilik dia tu. Tapi yang paling tak tahan, lepas tu siap cakap kat aku... " jangan merajuk..tie..jangan buat muka camtu." . Eeeiii... so, tak menunggu hingga pukul 9.00 pagi, aku mintak kebenaran En. GPK untuk keluar ke Klinik.
Kat Klinik plak, orang tak de lah ramai sangat. Tapi setengah jam menunggu tu.. terasa sangat2 nak pengsan dan baring jer dekat kerusi menunggu tu. Huhuhu.. dah lah pergi klinik sorang.. dah nasib badan. Bila sampai turn aku, doktor plak leh tanya "cikgu sakit ape?" So, aku yang pernah bercita2 nak jadi doktor tapi tak jadi ni jawab lah "saya rasa saya demam, batuk dan selesema.. hehehe.. ok tak jawapan saya?" hahaha.. Doktor pun sama2 gelak.. Tapi dia buat pemeriksaan jugak lah. Bukan terus bagi ubat. Merawat tu tak lama..tapi borak jer yang lama. Apa2 jer lah.. Pada mulanya, aku x nak terima MC. Tapi doktor suruh balik rehat dan tido. Dia cakap, ubat2 tu tak perlu sangat. Janji aku tidur dan rehat.
So, sampai kat rumah. Aku memang nekad nak tido. sambil2 mesej dengan adik comey kesayanganku. Ada gak tempat mengadu.. huhuhu.. Thanks a lot! Tapi.... disebabkan aku ni bukan juara sangat bahagian tidur, aku hanya tidur dalam sejam lebih jer. Ok lah tu... daripada tak tido langsung. Ye tak? K lah... sampai sini ajer lah. Esok aku nak pergi sekolah dengan sihat2 sekali.
P/s: Jom jaga kesihatan... hehehe..
----Love & Faith: Cikgu Tie ----
0 comments:
Post a Comment