Salam semua..
Kehangatan bahang peperiksaan PMR semakin ketara pada saat ini. Ape tidaknya, hanya beberapa hari sahaja lagi untuk buat persiapan terakhir. Tup2.. hari Selasa minggu depan, calon2 PMR akan berjuang berhabis-habisan. Cikgu2 plak, kompeng dok berdebar dap-dup... dap-dup bila students diaorang dok jawab peperiksaan nanti.
Sebenarnya Cikgu Tie tak mengajar pun Tingkatan 3, tp nak dijadikan cerita.. keputusan Percubaan PMR baru2 ni meletakkan subjek Matematik yang paling bawah. Begitu juga beberapa subjek lain. Jadi, pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah drastik dengan membuat Jadual Anjal PMR. (1 PERIOD = 1 HOUR) dan subjek Matematik dapat 6 jam untuk setiap kelas. Bayangkan ajer lah!
Selain itu, Cikgu Tie dan Cikgu Ain (juga Cikgu Math) dijemput untuk mengajar sewaktu kelas Anjal untuk subjek Matematik manakala Cikgu Ermie dan Cikgu Nadzifah untuk subjek Sains. Jemputan itu berdasarkan dalam dua minggu tempoh anjal tu, pelajar kelas kami sedang menjalani Peperiksaan Percubaan SPM. kami tak kisah. Sebab tahun lepas pun kami memang mengajar pelajar2 Tingkatan 3.
Sewaktu mula2 tu, semangat memang berkobar2. Nak berbakti pada Nusa, Bangsa dan Negara... hurmmmm... tp bila lihat pelajar2 ni macam dah give-up, Cikgu tie pun rasa pelik. mujur pengalaman mengajar kelas matematik PMR di kelas paling hujung untuk dua tahun berturut2 menjadikan Cikgu Tie bersabar. Tambah2 pada minggu terakhir ni, pelajar cam mudah jer nak "menyedut" ilmu yang diberikan. Mungkin dah sedar diri untuk menduduki Exam PMR kot!
Jauh di sudut hati Cikgu Tie, rasa bimbang tu memang agak tinggi terhadap prestasi subjek Matematik utk PMR 2010 ini. Mujur lah ada waktu 3 hari (Jumaat, sabtu dan Ahad) untuk buat persiapan terakhir. Semoga Semua pelajar dan Guru berjuang habis-habisan untuk peperiksaan ini. Walaupun Cikgu tie dah rasa penat dan agak Stress, tapi cikgu Tie amat bertuah kerana boleh membuat Blogwalking untuk mencari ilmu dan menginsafi diri... sesungguhnya semua kepenatan dan stress itu bakal berlalu dan berkurang sesuai dengan peredaran waktu.
Buat Semua Calon PMR 2010.. Jawab peperiksaan jangan Cuai. Jawab yang terbaik! Good Luck! dan buat semua Guru, ibu bapa/penjaga dan semua blogger dan pembaca.. jom doakan Kecemerlangan PMR 2010. Love & Faith from Cikgu Tie.
2 comments:
betul tu, blog tmpat lepas keresahan... :D
smlm ckp dgn Kak Na, pelajar kami memang sangat macam kurang persediaan, isi pelajaran masih blur, kemahiran menjawab pun kureng..
just hope diorang tidak GAGAL..semoga lebih baik dari tahun lepas...
tapi, siyes, penat gilossss otak ngajar F3 ni..apasal ntah...
mungkin rasa kecintaan pada pelajar tu kurang kot.
dan... mungkin benarlah.. budak2 form 3 thn ni memang kureng persediaan!
kita sebagai guru... jgn patah semangat sudah lah!
Post a Comment