Thursday, January 27, 2011

Mulakan hari baru...

Salam.. 
Ape habaq semua? opss..tetiba masuk loghat utara pepagi ni. Rindu plak kawasan utara yang sempatku menghuni selama 4 tahun dulu. Waktu2 ku membesar dengan sihat di sana sebab makanan kat sana murah2. hahaha..

Ok2.. sekarang kita cerita apa yang berlaku sekarang ni jer. Tak perlu nak fikir masa2 lalu. Semalam, aku meeting dari pagi sampai petang. Pagi2 lagi, En GPK dah mengejar. Telefon tak dapat, so, dia tawaf satu sekolah cari aku. Pelepasan untuk masuk kelas dan mengajar je. Pastu..kembali mengadap en GPK dan Tn Pengetua. Sebabnya, tak lain dan tak bukan...perubahan jadual lagi. Ada kemasukan 3 orang guru baru dan
Read more »

Monday, January 24, 2011

Siti Nurhaliza _ Berhenti Berharap



Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Read more »

Thursday, January 20, 2011

Anak sedaraku yang comel

Hehehehe...

Sajer je aku nak publish gambar anak sedara yang comel dan cute ni. Buat tatapan mata dan menyejukkan hati

hehehe..jangan ayah dia tengok gambar ni dah lah... habis aku kena berleter nanti... so.. senyap2 je lah k.
Rahsia kita bersama..hehehe
Read more »

Wednesday, January 19, 2011

Rindu nak follow dan blogwalking..

Salam semua..
    Walaupun dalam sehari tu, berkali-kali juga Cikgu Tie (CT) menjenguk blog ini, tapi terasa sangat yang CT sudah lama tidak membuat blogwalking. Biasanya CT hanya sempat untuk membalas jejak kengkawan yang meninggal jeritan kat shoutmix je. Paling lebih pun, CT hanya membalas sesiapa yang dah follow je. Bukan malas ya, tapi tiada berkesempatan. Ini semua sebab kerja yang banyak dan kena kejar dateline je. Sampai sakit-sakit dibuatnya. Hurmmmm.. semoga semua kerja CT selama ini mendapat keberkatan dari Ilahi. Ok lah.. nak buat operasi bloqwalking dan follow plak bermula sekarang ni.. Jumpa di bloq anda k!


----Love & Faith : Cikgu Tie ----
Read more »

Tuesday, January 18, 2011

Aku dapat MC hari ni..

Salam..
    Sajer nak share ngan semua rakan2 pembaca yang Cikgu Tie demam teruk hari ni. Tapi masih menggagahkan diri untuk ke sekolah. Sepanjang jalan, gelap sangat suasana. kecuali sinaran lampu2 kereta dan motosikal. Sampai kat sekolah sekitar jam 7.00 pagi, baru lah perasan rupanya elektrik tak ada sekitar kawasan sekolah. Menakutkan!.. Hujan dan blackout. Dua benda yang aku memang tak suka.

    Al-kisahnya, aku ingat selepas kelas pertama jam 9.40 pagi, aku nak gerak ke klinik sekejap. Tapi..pepagi lagi kawan2 dah seram tgk muka aku yang pucat dan mata yang merah berair tu. Malam tadi demam teruk sgt. Tak boleh nak tido.. huhu. Tapi masa jumpe ngan pakcik yang kerja untuk reso/fotostat di sekolah, tetiba rasa cam darah tinggi naik ke atap. Nak tahu sebab ape? begini ceritanya..
Read more »

Monday, January 17, 2011

Alhamdulillah.. semua kerja berjaya dilaksanakan!

Salam..
Dari petang semalam aku bertungkus lumus menyiapkan semua tugasan yang telah diamanahkan. Dan Alhamdulillah, dalam pukul 4.30pagi ini aku berjaya meyiapkan segala-galanya. Tahniah pada diriku sendiri. Justeru, di kesempatan ini aku nak sangat mengucapkan jutaan terima kasih aku ni pada:

1) Allah ;- yang telah memberikan kekuatan yang tidak terhingga untuk hati dan fizikal ini dalam meyempurnakan segala tugasan yang diberi. Walaupun berselang seli dengan batuk dan sakit/pening2 kepala, namun kewarasan fikiran yang dikurniakan banyak membantu. Thank you..Allah

2) My Mum ;- tengahari tadi masa dia call, pecah lah rahsia aku ni demam. Panjang juga ceramah free dia. Tapi, thanks mum! k.tie tahu, kekuatan ini dan bakal sembuhnya sakit2 ini adalah hasil doamu yang tidak pernah putus. 
Read more »

Sunday, January 16, 2011

Aiseehhhhh... demam lah plak

Salam.. 
Alkisahnya pada hari ini, badan rasa tak sedap dan tekak rasa perit sangat2. Demam kah aku? So.. di pagi hari cuti, aku bermalas-malsan di katil. Tup2 dapat panggilan dari En. GPK untuk meeting bersama Tn. Pengetua pada jam 9.30pg. Dapat call urgent cam tu, tiba2 badan rasa kuat. Lupa ngan demam yang dihidapi... apa lagi, segera bersiap untuk meeting. Tapi... opssss! Aku terlambat.

     Sesampai di pejabat, En GPK dan Tn Pengetua dah menunggu. Mujur gak diaorang bergaya santai jer. Memang kena ngan aku yang berT-shirt blouse dan jeans. hahahaha...janji rock kan! Memang 'i'm not well prepared for this meeting'. 

Read more »

Wednesday, January 12, 2011

Belajar cakap ganu Bersama Zizan

Salam...
Kerja banyak minggu ni.. tapi sempat gak melayan video yg kawan2 publish dalam facebook..
Memang kelakar lah kelas ni.. berkali2 tengok pun rasa nak gelak lagi..
tabik spring kat Zizan.. CT BANGGA JADI ORANG TERENGGANU.


P/s: Kalau guna bahasa negeri sewaktu mengajar... apa akan jadi ya?

-----Love & Faith : Cikgu Tie----
Read more »

Cara2 mencantikkan t-shirt..huhu

Read more »

Tuesday, January 11, 2011

Memberi pembaharuan pada t-shirt (Lama) anda


Jom layan video ni sebentar.. kreatif!.. tapi?

hehe.. korang pikirlah sendiri

P/s: risiko tanggung sendiri k!


----Love & Faith : Cikgu tie----
Read more »

Monday, January 10, 2011

Serius.. aku X leh tido

Salam..
Jam dah menunjukkan kul 2 pagi tapi kenapa mata ni pejal sangat. Cam tak nak mengalah jer... nak buat ape pun x tahu. Takkan nak buat persediaan mengajar? Maunya semakin tak leh tido bila terbuat exercises matematik.. semakin lama semakin asyik... Itu bagi aku lah. Cikgu math. Tp, kalau bagi kat bebudak yang x suka math, huhuhu..rasanya, tak perlu tunjuk buku..sebut "matematik" pun leh buat diaorang mengantuk...

Sajer jer... aku nak berfikir.. kenapa aku tak boleh tido ya? Last tido malam tadi lah.. bangun kul 6 lebih untuk solat subuh. So, kena preview balik ape yang aku buat sepanjang hari ini...
    
Read more »

Friday, January 7, 2011

KaraK (Official Trailer)

Trailer dari KRU production lagi
aku tak tahu sejauh mana keunggulan cite ni
tapi... ala2 seram lah kot. hehehe...
silalah menonton trailer movie "Karak-Jalan Puaka" ni..


---- love & faith: Cikgu tie ----
Read more »

Thursday, January 6, 2011

6 Januari yang penuh debaran dalam penantian..

Salam..
Ada-ada ajer aku nak menconteng laman blog kesayanganku ini. Yup..hari ni 6 Januari 2011. Hari yang bakal menentukan sesuatu peristiwa besar. hurmmm... tapi bakal terjadikah semua itu erk?
Waduh..waduh..memang berdebar sangat dah ni... menunggu maklumat atau sebarang paggilan dari orang yang terbabit. huhuhu.. Doakan semuanya menjadi realiti ya... Hope so! Nanti aku story mory kalau betul2 terjadi k
Adiossss.... time for work!


---Love & Faith : Cikgu Tie----
Read more »

Wednesday, January 5, 2011

Senyum -Malique ft. Najwa with lyrics

sALAm...
Manisnya senyuman.. hehehe..
manis kalau senyum jer..
kalau tak senyum, jarang juga org cakap manis.. ye tak??
.. so, tambahkan manis dalam senyuman anda....
"Senyummm...tak perlu kata apa2"
khas untuk orang suka tengok CT senyum..hehehe..




----Love & Faith: Cikgu Tie
Read more »

Sunday, January 2, 2011

Kembali ke Sekolah

Salam...

3 Januari 2011..tarikh keramat lah kiranya untuk tahun ni..sebab semua sekolah di seluruh Malaysia akan memulakan sesi persekolahan tahun 2011 pada hari ini. Sesungguhnya Cikgu Tie memang tak sabar sangat nak melihat aksi2 para pelajar CT untuk tahun 2011 ni. Al-maklumlah.. pada hari ini CT tidak dapat mengahadirkan diri ke sekolah untuk sesi pendaftaran disebabkan demam. Walau apapun..semuanya berjalan lancar pada hari ini. Harap2..esok pun persekolahan akan berjalan lancar. Tanpa gangguan dan masalah.
Sekitar pendaftaran kat sekolah tadi

 Nampak tak rupa pelajar baru yang cam kebingungan lagi.. huhu

Kalau dulu-dulu... malam2 camni CT akan pening kepala. Sebabnya ini adalah malam pertama anak2 masuk asrama. Malam pertama ni lah akan ada yang menangis rindukan mak ayah dia orang. Dan esok, pasti ada yang angkat kaki dari asrama. Mujurlah..tahun ni, CT dah bebas..sebebasnya dari Asrama... hooorayyyy!


wahhh.. ceria ajer diaorang ni kan.. tp x mungkin adik2 ni ada kat sekolah CT
(Gambar dari En. Google)
Untuk tahun ni, CT akan mengajar 1kelas Tingkatan 5 dan 1 Kelas Tingkatan 4 untuk subjek Mathematics, dan 4 kelas Komputer Dalam Pendidikan. Huhuhuhu... Kira orait lah tu kan... Ni pun sedang meng'edit' Rancangan Pelajaran Tahunan RPT untuk Math form 4. Siapa2 yang nak berminat, leh jeling2 kat portal Sains & MAthematics Pahang ni

Oh..ya, dengar2 cerita, salah sorang ahli program "Kamilah Bintang" yang menang tempat ketiga baru2 ni dah selamat mendaftar kat sekolah CT. Aisehhhh... hari tu masa tgk kat TV.. memang minat gak budak ni sebab dia cute..tapi, bila dah jadi student ku ni... hurmmmmm

---- Love & Faith : Cikgu Tie ----
Read more »

Hello... and happy new Year 2011 everybody!

Salam semua...
hehehe..ini post pertama untuk tahun 2011. Sejak dua menjak ni memang agak malas nak mengadap laptop..baik untuk bekerja atau menengok "internet". Malas sangat2. Dalam hati selalu berkata "sabarlah hati.. mataku perlukan rehat" huhuhu... Penat sangat mata ini melihat pancaran dari my lovely lappy.

Tapi hari ini, cikgu tie cuba beratahan buat seketika. memberi laluan kepada minda untuk mencari ilmu2 baru yang sentiasa tersedia di alam maya di samping berhenti seketika di laman blog kesayangan CT ni. Di samping membalas jejak rakan2 blogger.

Read more »